Insomnia (Susah Tidur)
Cara mengubati Insomnia (Susah Tidur)
Kebanyakkan insomnia disebabkan gangguan psikologi. Maka selain rawatan urut sebaiknya pesakit berbincang ke pakar psikologi agar segera dapat mengatasi persoalan hidupnya.
Rawatan urut :
1. Lakukan urut tekanan muka jari pada kening. Mulai dari titik di antara alis mata, terus ke kening dan ke arah garis rambut, kerjakan teknik ini sebanyak 10 kali.
2. Urut lagi seperti di atas ketika sudah sampai sepanjang garis rambut maka turunlah ke leher, lalu ke punggung teruskan ke arah pinggang, kemudian mengikuti tonjolan tulang menuju kaki sampai ke bawah.
3. Gunakan urut lima jari untuk telapak kaki.
4. Gunakan teknik memilin pada punggung dari bawah ke atas.
Penyembuhan Dengan Jamu Tradisional.
Minumlah setiap hari ramuan di bawah ini :
- 20 gram daun kangkung yang sudah dihiris halus, 450 cc air bersih, 10 gram biji jintan, 10 gram ketumbar yang di hiris halus, 15 gram asam jawa, 30 gram daun pengaga.
Semua bahan direbus dan digunakan minuman untuk sehari. Usahakan pesakit boleh mandi sinar matahari di bawah jam 10 pagi dan sesudah jam 4 petang. Rawatan mudah lainnya iaitu mandi dengan air hangat. Banyak-banyak makan buah-buahan, terutama betik atau jeruk.
Posted on Saturday, July 20, 2013 by A D M I N, under cara mudah tidur, cara ubat, Insomnia, kesan ubat tidur, susah tidur, ubat, ubat kampung, ubat sakit, ubat susah tidur.
0 Comments to “Insomnia (Susah Tidur)”
Post a Comment
Dapatkan update terbaru...