Petua dan Ubat Tradisional Klasik

Memperkuat Tenaga Batin (Seksual)



Cara Memperkuat Tenaga Batin (Seksual)

Lemah syahwat bila dibiarkan terus-menerus boleh mengakibatkan impotensi. Untuk menghindari hal tersebut gunakan rawatan urut sekaligus ramuan tradisional di bawah ini :
Rawatan urut :
1. Urut telapak kaki dengan teknik tekanan hujung ibu jari.  Kira-kira satu cm dari pusat telapak kaki. Lakukan selama 2 minit dengan kekuatan 7.
2. Urut titik yang terletak di sisi dalam betis selama 1 minit dengan kekuatan 7.
3. Urut kedua titik di atas pantat dekat pinggang. Gunakan teknik urut muka tiga jari selama 2 minit dengan kekuatan 6. Kedua titik itu diurut sekaligus dengan dua tangan.
4. Suruh pesakit terlentang. Urut bahagian kiri bawah perut dengan teknik muka tiga jari selama 2 minit dengan kekuatan 5. Setelah itu urutlah bahagian di bawah tulang rusuk kiri yang paling bawah. Tekanlah bahagian ini selama 2 minit dengan kekuatan 4. Tekanan yang digunakan adalah tekanan diam, tidak digerak-gerakkan.

Ramuan Untuk Memperkuatkan Daya Seksual.
Ramuan ini diminum setiap pagi, selama seminggu akan nampak hasilnya. Tapi untuk mendapat hasil yang memuaskan harus gunakan ramuan ini selama satu bulan penuh. Selepas itu hanya seminggu sekali.

Bahan-bahan :
- 15 gram Pulosari, 1 sendok makan madu asli, 2 butir kuning telur ayam kampung, 3 siung bawang putih, 25 butir merica / lada hitam.
Caranya : Merica ditumbuk halus, bawang dan pulosari ditumbuk bersama-sama hingga halus, kemudian campurkan ketiga bahan itu dengan kuning telur gaul sampai rata lalu masukkan madu asli.
Siap untuk digunakan.

Tunjukkan 'taring' kepada isteri atau suami anda!

0 Comments to “Memperkuat Tenaga Batin (Seksual)”

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...